Monday, November 14, 2011

tukar2 hadiah

assalamualaikum! :)

tadi sengaja pergi godek2 almari baju kurung. nak kira tengok banyak tak baju kurung aku dalam almari nun. tapi tak kira pun. lipat2 bagi kemas ja. hehe. tau apa aku jumpak? baju kurung songket warna peach keorenan :P sekali dengan tudung.

dalam banyak2 baju kurung, baju ni jugak yang nak masuk blog. special baju kurung ni. bukan sebab boyfriend bagi or what so ever. baju ni batchmate yang bagi. kami tukar2 hadiah. almaklumlah, tingkatan 5 kan tahun akhir kat sekolah tu. so bertukar2 lah hadiah. satu batch terlibat. cabut undi waktu tu ingat lagi, kat dewan makan. aku memang terkejut jugak la kena tukar2 dengan beliau. mana pernah sembang. =.=

tapi terpaksa la sembang, bincang. aku nak apa, dia nak apa. tujuan bincang, supaya berpuas hati. kang pilih ikut hati si pemberi, ada pulak yang tak kena dengan si penerima. tu pun sembang depan pintu kelas. fine bila fikir balik, apa la yang nak ditakutkan sangat sembang dengan beliau. nak tergelak pun ada. segan mungkin. :)

dulu aku teringin nak pakai songket. lagipun kalau beli kain, tahan lama. see! dah nak dekat 4 tahun baju songket tu, cantik lagi. hahah! beliau pulak nak mp3. tapi aku dah taktau apa cerita mp3 tu. gila takkan nak tanya. =.= semoga mp3 tu masih sihat sebagaimana sihatnya baju songket tu.

seronok dapat hadiah. itu sebenarnya motif wujud entri ni. seronok bila dapat hadiah. tak kira lah dari siapa pun sesuatu hadiah tu, pasti akan dikenang dan disimpan insyaAllah. :)

Thursday, November 3, 2011

semoga kamu nanti..

TAK TINGGAL SOLAT
boleh jugak nak jadi imam nanti untuk aku dengan anak2 kita. macam mana aku nak cinta kamu dengan baik, kalau kamu sendiri tak cintakan Dia dengan bersungguh. aku suka tengok lelaki solat. bukan suka yang bukan2 tapi rasa seronok tengok lelaki yang secara fizikalnya tegas, sujud pada pencipta. tak rasa kah ketenangan tu? tolong p rasa sat. haha

semoga aku nanti, tak berat tulang nak join berjemaah. gerak aku ye kalau nak solat sama2 tengah malam. :) doakan supaya aku boleh gerak kamu tiap2 pagi untuk subuh. amin.


BOLEH CUKUPKAN MAKAN PAKAI SEKELUARGA
aku tak minta kamu itu seorang yang bergaji 5 6 angka. cukup lah kalau boleh bagi aku makan, pakai, tinggal dan ada lebihan untuk mak ayah kamu. aku jugak tak minta kamu itu seorang yang menganggur. habis tu, aku dengan anak2 kita nak makan apa, nak pakai apa, nak tinggal mana? :) pendek kata, semoga kamu nanti, boleh penuhi keperluan, bukan keinginan. kalau boleh, izinkan lah aku kerja. tau? hehe.

semoga aku nanti, tak banyak keinginan. tak tamak haloba, tak iri hati dengan kelebihan orang lain (dari segi material), tak membebankan kamu dengan 'nak itu, nak ini'. boleh ingatkan kamu untuk 'bank in' kan duit untuk mak ayah kamu.



TAK GOYANG KAKI
aku bukan nak bebankan kamu. tapi kamu jugak tak wajar biarkan beban rumahtangga aku seorang yang tanggung. aku tak mintak banyak. kalau kamu boleh tolong masak bila aku sibuk, tolong tukar lampin anak bila aku sibuk, tolong gosokkan baju bila aku sibuk, tolong suapkan anak makan bila aku sibuk, tolong kemaskan rumah sikit2 bila aku sibuk, oh itu sangatlah sangatlah sangatlah mampu membuatkan aku bertambah sayang pada kamu.

semoga aku nanti, boleh bersyukur dengan apa yang kamu tolong. akan ucap terima kasih bila kamu tolong. akan bisik dekat telinga kamu sebelum kamu pergi kerja 'nanti tolong lagi ye sayang?' hahaha. doakan aku supaya sentiasa rajin juga bantu kamu.


HORMAT DAN SAYANG MAK AYAH MERTUA
aku tak mintak kamu layan mak ayah aku macam kamu layan mak ayah kamu. cukup lah kamu hormat, kamu sayang, kamu ambil tahu, kamu baik dengan keduanya. tolong ya, aku tak boleh nak terima kalau kamu nanti bercakap dengan nada marah, tempik2 mak ayah aku. sebab aku sendiri susah nak memaafkan diri once aku buat macam tu dekat mak ayah aku. inikan pula kamu. aku tau aku kena dahulukan kamu bila dah kahwin. tapi kamu tak boleh layan orang tua macam tu. ok?

semoga aku nanti, boleh terima mak ayah kamu sebagai mak ayah aku. boleh sayang mereka macam aku sayang mak ayah aku. insyaAllah. doakan aku boleh berbaik dengan mak ayah kamu. doakan mak ayah kamu boleh layan aku macam anak sendiri, bukan menantu. paham kan?


BERCAKAP TAK TENGKING2
oh ini aku pantang. aku tak pekak, aku tak tuli. jadi percakapan jangan asyik nak kuat2 saja ya bunyinya. aku ada satu jenis fobia. yang mana aku tak boleh dengar orang lelaki menengking. aku rasa macam bunyi guruh yang sangat sangat sangat kuat. terutama tengkingan dari ayah aku. jadi kamu, tolonglah aku. aku mohon, kamu jangan menengking. kalau kamu marah, kamu cakap satu tone ja tau! nak cubit, nak tarik hidung, nak tarik pipi, silakan. tapi jangan la tengking. please.

semoga aku nanti, tak melawan cakap kamu. tak degil. tak buat kamu marah, so tak kena tengking. ^^ dan kalau, kalau kamu tengking, doakan aku supaya aku tak tengking kamu balik. boleh mendatangkan murka dari kamu wahai suamiku (nanti).


BOLEH JADI KAWAN AKU, KAWAN ANAK2
penting ni. memesrakan hubungan ahli keluarga. kamu nanti jadi ayah, kamu jangan layan anak2 kamu macam kamu layan orang luar. layan macam kawan. ada masa melawak, ada masa serius. baru la kamceng! anak2 nak dengar nasihat pun insyaAllah senang. tapi jangan melampau sangat melayan anak2 kamu tu. nanti besar kapla!

semoga aku nanti, dapat tolong kamu ajar anak2 sebaik mungkin. tak mengamuk sambil2 jaga anak. tak bebai lah orang bagan serai kata. :P



TAK BANYAK SONGEH
jangan macam ni ya kamu. aku masak, kamu makan lah tau? jangan banyak songeh sangat. apa sahaja kerja kat rumah, kamu jangan la complain banyak2. :)

semoga aku nanti, buat kerja rumah dengan sempurna dan memuaskan supaya kamu tak banyak komen. pasal makan, aku akan tampal satu kertas besar dekat peti sejuk. bangun pagi nak pergi kerja, kalau tak sempat bisik, tolong pergi tulis dekat situ apa kamu nak makan. aku boleh google resepi, masak untuk kamu dengan anak2. tuliskan sekali nak minum apa. as long as kamu tinggalkan duit atas peti sejuk, as you wish! insyaAllah. (haha jahat gila)


BOLEH JADI PAKAR PERUNDING IMEJ AKU
haha. tolong tengok apa yang aku pakai bila nak keluar rumah.

semoga aku nanti, boleh kenal mana yang tak boleh pakai, mana yang boleh pakai. so tak payah kena kritik dengan kamu. tak payah nak buat muka monyok bila kamu kata 'yang, p tukaq baju la jugak. macam sarung nangka aih!'


sedikit sebanyak angan2 aku. jangan gelak nohh. aku tau kalian pun mesti inginkan yang sama once kalian dah kahwin nanti. si suami masih belum diketahui siapa orangnya. hanya Allah swt yang tau. peringatan, aku bukan galak nak kahwin ya! amaran keras siapa yang fikir sedemikian rupa. cuma bila aku dah jadi isteri orang nanti, aku boleh tengok balik entry ni. BAIKI MANA YANG BOLEH. kann kann. angan2 tu takkan pernah jadi kalau aku tak usahakan, kamu tak usahakan, kalian tak usahakan.

"baiki diri kamu sebelum kamu mahu orang sekeliling kamu baiki diri mereka"

cukuplah angan2, tak boleh banyak2 sangat, nanti orang cakap over. haha. AKU BUKAN SEORANG YANG DEMANDING YA. cuma nak yang terbaik ja untuk dunia dan akhirat. insyaAllah.

*sumber gambar : google*


Wednesday, October 26, 2011

gangster sekolah. rawr.


'I cukup gangster tak?'
source : google

tengah story mory gosip2 dengan mak tadi, tiba2 terpacul nama sorang budak perempuan yakni senior aku dekat smk ***** ******** dulu. mak aku kenal dia sebab memang sekampung. kena pulak, satu sekolah dengan aku.

boleh kata semua sekolah, mesti ada kan yang perangai tak berapa nak berjenis. tau nak buat masalah ja kat sekolah. pergi sekolah, cari boyfriend/girlfriend. pergi sekolah, cari gaduh sana sini. lawan cikgu, lawan pengawas, memberontak. haha. ada tak kat sekolah kalian? kalau buat masalah, tak memudaratkan orang lain ok lagi.

so apa kena mengena dengan senior aku yang sorang ni? aku cukup tak suka dekat dia. hahaha. tapi sekarang tak lagi. dah bisa memaafkan. kecik ja kesalahan dia. biasalah darah tengah naik waktu sekolah2 dulu. pantang dicabar. senior aku ni dulu ada konco2 dia. ada la dalam 3 4 orang. ni memang geng suka buat masalah la. pengawas memang aim habis2an dekat golongan macam ni. tapi bila pengawas dapat tangkap lepas tu kena tulis nama, mau berkati jugak pengawas2 ni kena maki. tapi bukan depan muka la. belakang muka. waktu tu, muka memang stok2 bagi aku naik angin saja.

nasib baik la waktu tu aku bukan pengawas. kalau tak, asyik kena sembur la jawabnya. nak la sangat jadi pengawas. huh tak hingin. buat sakit otak ja mengadap budak2 masalah macam ni. mana taknya, tak jadi pengawas pun, tetap jugak kena ketuk! mentang2 la senior. ada pulak satu hari tu, sakit hati jugak la kan. lalu depan aku buat muka macam nak gaduh. saja2 datang dekat, lepas tu langgar bahu aku kuat2. nak terpusing jugak la sikit waktu tu. laa. jom buat muka aneh ramai2. dah kenapa senior aku ni kan? dendam apa dengan aku? nak kata aku hot dari dia, mungkin la kot. tapi cik kak, neraka hot lagi. berasap jugak aku saat tu. tapi sebabkan dia tu golongan samseng, pakai kain singkat, stokin pendek, senteng lengan baju tinggi2 dan lipat tudung pun gaya aneh. agak tak pro kalau aku pergi tarik tudung dia. nak pulak aku bukan jenis perempuan yang suka gaduh2 ni. kang lebam2 balik rumah, tak pasal2 mak aku tambah lagi. bagi cukup rasa. macam maggie cukup rasa tu.

sekarang ni aku pun dah taktau apa cerita senior tu. masuk u kah? kahwin kah? tapi dengar2, dah kahwin. haha. jangan main laga2 bahu dengan suami sudah lah! tak baik ye kak. aku tulis ni pun sebab tak ada sebab. teringat tiba2. tak dipinta. it is easy to forgive hard to forget. kann? aku ni kalau bab2 orang buat jahat dengan aku, otak aku memang cepat tangkap. peace!

p/s : tak payah la nak tunjuk samseng sangat dekat sekolah. orang mungkin akan benci dan akan ingat sampai ke tua perangai kamu yang samseng tu. baik lelaki ataupun perempuan, sama ja. samseng tu tak penting. waktu2 muda ni la nak kumpul ramai kawan. mungkin dia berguna untuk doakan kesejahteraan kita once kita dah besar panjang dan ada hidup sendiri nanti. kalau kita ingat kita ni dah habis besar, cuba ingat, Allah tu Maha Besar. ada brann ka nak bertanding kebesaran? nak nakal ada batasan ok. :)

p/s 2: tak semua budak yang tudung singkat, kain singkat ni jahat2 ye. ada jugak yang baik, yang boleh dibuat kawan. :) so kalau nampak, kenal dulu watak dia, jangan serbu rumah orang tak tengok alamat. tapi kalau kes senior aku ni, aku memang dah kenal perangai dia tu. =.=