Tuesday, November 29, 2011

cute pillow obsession

















NAK SEMUA

sumber : encik google

hak milik terpelihara :)


Monday, November 14, 2011

tukar2 hadiah

assalamualaikum! :)

tadi sengaja pergi godek2 almari baju kurung. nak kira tengok banyak tak baju kurung aku dalam almari nun. tapi tak kira pun. lipat2 bagi kemas ja. hehe. tau apa aku jumpak? baju kurung songket warna peach keorenan :P sekali dengan tudung.

dalam banyak2 baju kurung, baju ni jugak yang nak masuk blog. special baju kurung ni. bukan sebab boyfriend bagi or what so ever. baju ni batchmate yang bagi. kami tukar2 hadiah. almaklumlah, tingkatan 5 kan tahun akhir kat sekolah tu. so bertukar2 lah hadiah. satu batch terlibat. cabut undi waktu tu ingat lagi, kat dewan makan. aku memang terkejut jugak la kena tukar2 dengan beliau. mana pernah sembang. =.=

tapi terpaksa la sembang, bincang. aku nak apa, dia nak apa. tujuan bincang, supaya berpuas hati. kang pilih ikut hati si pemberi, ada pulak yang tak kena dengan si penerima. tu pun sembang depan pintu kelas. fine bila fikir balik, apa la yang nak ditakutkan sangat sembang dengan beliau. nak tergelak pun ada. segan mungkin. :)

dulu aku teringin nak pakai songket. lagipun kalau beli kain, tahan lama. see! dah nak dekat 4 tahun baju songket tu, cantik lagi. hahah! beliau pulak nak mp3. tapi aku dah taktau apa cerita mp3 tu. gila takkan nak tanya. =.= semoga mp3 tu masih sihat sebagaimana sihatnya baju songket tu.

seronok dapat hadiah. itu sebenarnya motif wujud entri ni. seronok bila dapat hadiah. tak kira lah dari siapa pun sesuatu hadiah tu, pasti akan dikenang dan disimpan insyaAllah. :)

Thursday, November 3, 2011

semoga kamu nanti..

TAK TINGGAL SOLAT
boleh jugak nak jadi imam nanti untuk aku dengan anak2 kita. macam mana aku nak cinta kamu dengan baik, kalau kamu sendiri tak cintakan Dia dengan bersungguh. aku suka tengok lelaki solat. bukan suka yang bukan2 tapi rasa seronok tengok lelaki yang secara fizikalnya tegas, sujud pada pencipta. tak rasa kah ketenangan tu? tolong p rasa sat. haha

semoga aku nanti, tak berat tulang nak join berjemaah. gerak aku ye kalau nak solat sama2 tengah malam. :) doakan supaya aku boleh gerak kamu tiap2 pagi untuk subuh. amin.


BOLEH CUKUPKAN MAKAN PAKAI SEKELUARGA
aku tak minta kamu itu seorang yang bergaji 5 6 angka. cukup lah kalau boleh bagi aku makan, pakai, tinggal dan ada lebihan untuk mak ayah kamu. aku jugak tak minta kamu itu seorang yang menganggur. habis tu, aku dengan anak2 kita nak makan apa, nak pakai apa, nak tinggal mana? :) pendek kata, semoga kamu nanti, boleh penuhi keperluan, bukan keinginan. kalau boleh, izinkan lah aku kerja. tau? hehe.

semoga aku nanti, tak banyak keinginan. tak tamak haloba, tak iri hati dengan kelebihan orang lain (dari segi material), tak membebankan kamu dengan 'nak itu, nak ini'. boleh ingatkan kamu untuk 'bank in' kan duit untuk mak ayah kamu.



TAK GOYANG KAKI
aku bukan nak bebankan kamu. tapi kamu jugak tak wajar biarkan beban rumahtangga aku seorang yang tanggung. aku tak mintak banyak. kalau kamu boleh tolong masak bila aku sibuk, tolong tukar lampin anak bila aku sibuk, tolong gosokkan baju bila aku sibuk, tolong suapkan anak makan bila aku sibuk, tolong kemaskan rumah sikit2 bila aku sibuk, oh itu sangatlah sangatlah sangatlah mampu membuatkan aku bertambah sayang pada kamu.

semoga aku nanti, boleh bersyukur dengan apa yang kamu tolong. akan ucap terima kasih bila kamu tolong. akan bisik dekat telinga kamu sebelum kamu pergi kerja 'nanti tolong lagi ye sayang?' hahaha. doakan aku supaya sentiasa rajin juga bantu kamu.


HORMAT DAN SAYANG MAK AYAH MERTUA
aku tak mintak kamu layan mak ayah aku macam kamu layan mak ayah kamu. cukup lah kamu hormat, kamu sayang, kamu ambil tahu, kamu baik dengan keduanya. tolong ya, aku tak boleh nak terima kalau kamu nanti bercakap dengan nada marah, tempik2 mak ayah aku. sebab aku sendiri susah nak memaafkan diri once aku buat macam tu dekat mak ayah aku. inikan pula kamu. aku tau aku kena dahulukan kamu bila dah kahwin. tapi kamu tak boleh layan orang tua macam tu. ok?

semoga aku nanti, boleh terima mak ayah kamu sebagai mak ayah aku. boleh sayang mereka macam aku sayang mak ayah aku. insyaAllah. doakan aku boleh berbaik dengan mak ayah kamu. doakan mak ayah kamu boleh layan aku macam anak sendiri, bukan menantu. paham kan?


BERCAKAP TAK TENGKING2
oh ini aku pantang. aku tak pekak, aku tak tuli. jadi percakapan jangan asyik nak kuat2 saja ya bunyinya. aku ada satu jenis fobia. yang mana aku tak boleh dengar orang lelaki menengking. aku rasa macam bunyi guruh yang sangat sangat sangat kuat. terutama tengkingan dari ayah aku. jadi kamu, tolonglah aku. aku mohon, kamu jangan menengking. kalau kamu marah, kamu cakap satu tone ja tau! nak cubit, nak tarik hidung, nak tarik pipi, silakan. tapi jangan la tengking. please.

semoga aku nanti, tak melawan cakap kamu. tak degil. tak buat kamu marah, so tak kena tengking. ^^ dan kalau, kalau kamu tengking, doakan aku supaya aku tak tengking kamu balik. boleh mendatangkan murka dari kamu wahai suamiku (nanti).


BOLEH JADI KAWAN AKU, KAWAN ANAK2
penting ni. memesrakan hubungan ahli keluarga. kamu nanti jadi ayah, kamu jangan layan anak2 kamu macam kamu layan orang luar. layan macam kawan. ada masa melawak, ada masa serius. baru la kamceng! anak2 nak dengar nasihat pun insyaAllah senang. tapi jangan melampau sangat melayan anak2 kamu tu. nanti besar kapla!

semoga aku nanti, dapat tolong kamu ajar anak2 sebaik mungkin. tak mengamuk sambil2 jaga anak. tak bebai lah orang bagan serai kata. :P



TAK BANYAK SONGEH
jangan macam ni ya kamu. aku masak, kamu makan lah tau? jangan banyak songeh sangat. apa sahaja kerja kat rumah, kamu jangan la complain banyak2. :)

semoga aku nanti, buat kerja rumah dengan sempurna dan memuaskan supaya kamu tak banyak komen. pasal makan, aku akan tampal satu kertas besar dekat peti sejuk. bangun pagi nak pergi kerja, kalau tak sempat bisik, tolong pergi tulis dekat situ apa kamu nak makan. aku boleh google resepi, masak untuk kamu dengan anak2. tuliskan sekali nak minum apa. as long as kamu tinggalkan duit atas peti sejuk, as you wish! insyaAllah. (haha jahat gila)


BOLEH JADI PAKAR PERUNDING IMEJ AKU
haha. tolong tengok apa yang aku pakai bila nak keluar rumah.

semoga aku nanti, boleh kenal mana yang tak boleh pakai, mana yang boleh pakai. so tak payah kena kritik dengan kamu. tak payah nak buat muka monyok bila kamu kata 'yang, p tukaq baju la jugak. macam sarung nangka aih!'


sedikit sebanyak angan2 aku. jangan gelak nohh. aku tau kalian pun mesti inginkan yang sama once kalian dah kahwin nanti. si suami masih belum diketahui siapa orangnya. hanya Allah swt yang tau. peringatan, aku bukan galak nak kahwin ya! amaran keras siapa yang fikir sedemikian rupa. cuma bila aku dah jadi isteri orang nanti, aku boleh tengok balik entry ni. BAIKI MANA YANG BOLEH. kann kann. angan2 tu takkan pernah jadi kalau aku tak usahakan, kamu tak usahakan, kalian tak usahakan.

"baiki diri kamu sebelum kamu mahu orang sekeliling kamu baiki diri mereka"

cukuplah angan2, tak boleh banyak2 sangat, nanti orang cakap over. haha. AKU BUKAN SEORANG YANG DEMANDING YA. cuma nak yang terbaik ja untuk dunia dan akhirat. insyaAllah.

*sumber gambar : google*


Wednesday, October 26, 2011

gangster sekolah. rawr.


'I cukup gangster tak?'
source : google

tengah story mory gosip2 dengan mak tadi, tiba2 terpacul nama sorang budak perempuan yakni senior aku dekat smk ***** ******** dulu. mak aku kenal dia sebab memang sekampung. kena pulak, satu sekolah dengan aku.

boleh kata semua sekolah, mesti ada kan yang perangai tak berapa nak berjenis. tau nak buat masalah ja kat sekolah. pergi sekolah, cari boyfriend/girlfriend. pergi sekolah, cari gaduh sana sini. lawan cikgu, lawan pengawas, memberontak. haha. ada tak kat sekolah kalian? kalau buat masalah, tak memudaratkan orang lain ok lagi.

so apa kena mengena dengan senior aku yang sorang ni? aku cukup tak suka dekat dia. hahaha. tapi sekarang tak lagi. dah bisa memaafkan. kecik ja kesalahan dia. biasalah darah tengah naik waktu sekolah2 dulu. pantang dicabar. senior aku ni dulu ada konco2 dia. ada la dalam 3 4 orang. ni memang geng suka buat masalah la. pengawas memang aim habis2an dekat golongan macam ni. tapi bila pengawas dapat tangkap lepas tu kena tulis nama, mau berkati jugak pengawas2 ni kena maki. tapi bukan depan muka la. belakang muka. waktu tu, muka memang stok2 bagi aku naik angin saja.

nasib baik la waktu tu aku bukan pengawas. kalau tak, asyik kena sembur la jawabnya. nak la sangat jadi pengawas. huh tak hingin. buat sakit otak ja mengadap budak2 masalah macam ni. mana taknya, tak jadi pengawas pun, tetap jugak kena ketuk! mentang2 la senior. ada pulak satu hari tu, sakit hati jugak la kan. lalu depan aku buat muka macam nak gaduh. saja2 datang dekat, lepas tu langgar bahu aku kuat2. nak terpusing jugak la sikit waktu tu. laa. jom buat muka aneh ramai2. dah kenapa senior aku ni kan? dendam apa dengan aku? nak kata aku hot dari dia, mungkin la kot. tapi cik kak, neraka hot lagi. berasap jugak aku saat tu. tapi sebabkan dia tu golongan samseng, pakai kain singkat, stokin pendek, senteng lengan baju tinggi2 dan lipat tudung pun gaya aneh. agak tak pro kalau aku pergi tarik tudung dia. nak pulak aku bukan jenis perempuan yang suka gaduh2 ni. kang lebam2 balik rumah, tak pasal2 mak aku tambah lagi. bagi cukup rasa. macam maggie cukup rasa tu.

sekarang ni aku pun dah taktau apa cerita senior tu. masuk u kah? kahwin kah? tapi dengar2, dah kahwin. haha. jangan main laga2 bahu dengan suami sudah lah! tak baik ye kak. aku tulis ni pun sebab tak ada sebab. teringat tiba2. tak dipinta. it is easy to forgive hard to forget. kann? aku ni kalau bab2 orang buat jahat dengan aku, otak aku memang cepat tangkap. peace!

p/s : tak payah la nak tunjuk samseng sangat dekat sekolah. orang mungkin akan benci dan akan ingat sampai ke tua perangai kamu yang samseng tu. baik lelaki ataupun perempuan, sama ja. samseng tu tak penting. waktu2 muda ni la nak kumpul ramai kawan. mungkin dia berguna untuk doakan kesejahteraan kita once kita dah besar panjang dan ada hidup sendiri nanti. kalau kita ingat kita ni dah habis besar, cuba ingat, Allah tu Maha Besar. ada brann ka nak bertanding kebesaran? nak nakal ada batasan ok. :)

p/s 2: tak semua budak yang tudung singkat, kain singkat ni jahat2 ye. ada jugak yang baik, yang boleh dibuat kawan. :) so kalau nampak, kenal dulu watak dia, jangan serbu rumah orang tak tengok alamat. tapi kalau kes senior aku ni, aku memang dah kenal perangai dia tu. =.=


Monday, October 24, 2011

aku dah besar. aku tengok, tapi aku tak boleh ambik bulat bulat

sebelum ni kan, kita budak budak. A yang mak cakap, A la yang kita iakan. B yang mak buat, B la yang kita ikut. sekarang, mak masak kari kepala ikan, kita? masak air pun belum tentu nak. ye dok? macam aku jugak la. dah besar2 alam macam ni, apa yang aku nampak, aku dah tau yang mana baik, yang mana tak berapa nak baik, yang mana jahat setan. isu hari ni, isu pasal keluarga. aku pun sedar diri aih. aku baru 20.

macam abang aku dulu, kalau aku menyampuk sikit. abang aku akan cakap, 'diam ah, dayah sekolah lagi'. tapi dalam nada bergurau la kan. cuba sekarang, takkan nak cakap 'diam ah, dayah universiti lagi'. haha. oi. universiti pun belajar pasal keluarga, pasal etika. lain la kalau sekolah rendah dulu2. tak banyak sangat terdedah perihal keluarga especially rumahtangga.

aku bersyukur buat masa sekarang ni, dilahirkan sebagai anak bongsu sebab aku boleh tengok kakak2 abang aku yang dah kahwin. sekurang2nya boleh ambik contoh yang mana baik bila dah ready nak kahwin nanti. asal kahwin ja, mesti nak cakap aku gatai. jangan sempit sangat plis. ni bukan soal gatai or whatsoever. ni soal masa depan. :)

dalam family kita sedia maklumat kan. ada isteri, suami, parents mertua, parents sendiri, adik beradik ipar, adik beradik sendiri bla3~ nak dijadikan cerita, depa semua ni manusia ada hati, limpa dan sebagainya. nak jaga hati orang ni bukan senang. jangan pandai jaga hati sendiri ja, hati orang kita letak tepi, pijak2. no no no. kalau nak buat kat orang macam tu, kita kena bayang dulu orang buat kat kita sedemikian rupa.

takmau cerita panjang lebar, walaupun aku tau dah lebar. suka diingatkan, aku tulis berdasarkan yang aku nampak tak kira dalam tv ataupun realiti. tak terlalu dikaitkan dengan agama sebab takut tersilap kata kang berdosa. :) mari kita saksikan perangai segolongan manusia yang bergelar :

SUAMI
baik : berusaha kerja keras nak besarkan anak2, kadang tu kerja overtime balik rumah nak layan kerenah anak2 pulak.

takbaik : king control. yang ni macam lawak. kalau niat nak berkongsi duit, kira ok lagi. ni nak kaut semua. berapa yang diperoleh si isteri, semuanya kaut. wah macam backhoe pulak. aku back hand kang! kononnya, untuk anak2 jugak. yekeww? satu lagi. aku tau, aku pun belajar agama kat sekolah, kat universiti. izin suami tu sangat penting. tapi, lelaki tak boleh ambik kesempatan sangat dalam hal ni. berilah izin untuk isteri kalau betul2 dia dalam keadaan yang memerlukan.

kan elok kalau duit suami, suami pegang. duit isteri, isteri pegang. tapi jangan lupa tanggungjawab suami pulak. takkan taktau? sumber yang aku baca, kat situ ada tulis, apa yang isteri perolehi dari hasil kerja yakni gaji dia, itu adalah hak dia sepenuhnya. melainkan kalau dia dengan rela nak bayar kereta, rumah dan barang2 isi rumah. kalau boleh ingatkan si isteri untuk bagi sikit gaji dia tu pada mak ayah dia. hati orang tua ni jadi sayu bila anak2 ingat kat dia. bukan dia kelapaq sangat duit kita. at least, INGAT. kalau nak isteri kita layan parents kita macam parents dia sendiri, apa salahnya kita layan parents dia macam parents kita jugak? :)

ISTERI
baik : yang jaga makan minum suami, jaga anak2, segala tanggungjawab yang sepatutnya lah! panjang la kalau aku nak tulis semua. :)

takbaik : yang ni boleh panjang sebab, ramai orang tak sedar apa salah yang dia buat. queen control. mentang2 suami baik, kayaraya kuturayau, dengar kata, mula la perangai tu. 'abang, semua kad bank, kad kredit dan segala kad yang berurusan wang, ayang pegang. ayang simpan dalam peti. peti tu ayang saja yang tau password dengan username tau! abang pegang ic dengan lesen ONLY'. suami ni pun kerana sayangkan isteri, terkebil kebil tak berkata apa2. makbapak kat rumah, ' mane la anak lelaki kite yang sorang tu ye paknye. telefon tidak, menghulur tidak. tak ingat kat kite ke paknye'. ' entah la maknye.'

tak kesian ka wanita2 diluar sana? tolong bayangkan sejenak. kalau anak anda pulak yang buat macam ni bila dia dah kahwin? kalau suami lupa nak hulur pada parents dia, apa guna kita sebagai isteri kalau tak boleh nak ingatkan dia. suami tak payah mintak izin isteri. dah kalau macam tu, si suami tak payah nak sengih2 la pegi hulur dekat perempuan2 lain pulak asal dah tak kena mintak izin. kepala! jangan la mengongkong sangat suami. ini nak pegi tolong ayah dia yang ada hal sikit pun, nak masam muka sampai dari dua ribu lapan belas kali lima km pun dah boleh nampak. apa la perasaan si mak kalau nampak menantu perempuan dia buat macam tu. kannn. :)



MAK MERTUA PAK MERTUA
baik : terima seadanya menantu yang diterima. tidak mengongkong. layan menantu seperti anak sendiri.

takbaik : jangan marah ye mak mertua. sebab mak2 ni la yang selalunya over. pak2 mertua kebanyakkannya steady ja. paham2 la ye kerenah mak mertua anda. malas nak cerita.

mak2 ni yang dia tau hati dia ja. hati orang lain dia tak ambik port. kamon la. kalau nak menantu sayang kita, kita pun kena la sayang menantu. yang tua dihormati, yang muda disayangi. ok? jangan suka mencanang keburukan menantu anda. kalau nak canang, canang dengan 'paknye'. habis2 pun 'paknye' akan jawab, 'hmm yela maknye.' haha! sebab dia sendiri dah tau perangai isteri dia. kalau anak tak ingat dekat kita, yang paling menjaga hati pun, tegur lah baik2. jangan pegi maki hamun menantu kita pulak. sangat tak kena gaya ok? takpun, doa pada Allah, moga2 anak kita pun selalu mendoakan kita, ingat dekat kita. :)


ADIK BERADIK IPAR (LELAKI DAN PEREMPUAN)
baik : layan adik/kakak/abang ipar macam layan adik beradik sendiri. tapi jangan lupa batas. kalau perempuan, baik lah dengan kakak/adik ipar yang perempuan dan sebaliknya la untuk lelaki.

takbaik : menghasut. hahaha.

aku pun kadang2 ada tersasul. manusia tak lari dari kesilapan tapi boleh kawal diri dari buat silap dengan izin Allah. jangan berkelakuan macam kome semua tu anak raja bila bertandang ke rumah ipar. paham? kalau tak paham, bagi paham jugak!

yang lain2 tu mungkin melibatkan anak2, sepupu2 dan sebagainya. sayang menyayang la secara umumnya ok? fikir la dalam seminit dua sebelum bertindak.

PENTING MENJAGA HATI TU. SEBAB KALAU HATI BERSIH, LAGI MUDAH NAK SAYANG/MENYENANGI ORANG LAIN DAN DISAYANGI/DISENANGI OLEH ORANG LAIN.

kann. buat eksperimen tengok. kau buat tahik dengan orang lain. ada ka mereka2 nak sayang kau? sebab hati mereka, kau tak jaga. sama la macam kes kekeluargaan. habis hati batu sangat pun, seseorang tu dikurniakan perasaan jugak untuk terasa. haha. ayat buku. tapi kalau dia tak ada perasaan, dia bukan makhluk hidup mungkin? :P

suami jangan hanya sayang isteri, harus sayang seisi keluarga si isteri. isteri jangan hanya sayang suami, harus sayang seisi keluarga si suami. makbapak jangan sayang anak2 saja, harus sayang pada menantu. backing powder (bela) yang mana patut. kalau betul anak kamu salah, ya anak kamu salah. jangan salahkan menantu kamu yang kadang2 tak tahu menahu. menantu pulak kalau mertua dah baik, jangan ambik kesempatan pulak. bukan tak tau perangai tuuu. hehe. adik beradik ipar, anak2, kome tau peranan kome kann. kalau taktau, pegi hentak kepala kat dinding dua tiga kali.

pergghh terasa macam motivator tak bertauliah pulak. oh tidak2 saya bukan nak tunjuk pandai. hanya nak berkongsi apa yang saya rasa, yang patut diamalkan so that kita boleh bahagia dunia akhirat.

hee. keluarga bahagia.

mungkin, orang yang lebih berusia akan tanya, 'kau ape tau? menikah pun belum.' sambil menjeling menjuih mulut ke arah aku. juih la mulut tu. jeling la sampai juling. tadi kan saya dah cakap, saya tulis atas dasar saya faham, saya tengok. SALAH SILAP SAYA, TEGUR LAH BAIK2. maki hamun carut marut tidak diperlukan.

source : google

haha, yang aku bajet makcikpakcikabangkakakdanadik2nakbacanidahkenapa?


Friday, October 21, 2011

kami hyper

assalamualaikum. ehem. disebabkan lama tak jumpa, ditambah pulak dengan huda yang memang semulajadi hyper, kami pun bergedik santai sambil ambik gambar pakai laptop jep. idea asal : huda. haha~

lokasi : mbrown. saja nak promote bubur ayam. sedap jugak. ataupun memang lidah aku tak tolak asalkan makanan tu halal? hehe.

sumber : google

nahh terpalit lah satu memori sahabat selamanya. disebabkan kami ni sangat slumber kat tengah2 mb, sempat lagi snap 2 3 helai gambar. susah nak buat reunion ramai2 ni. dapat jumpa kita 3 ketul ni pun dah kira ok la kan.

memang tak pandang langsung orang2 dalam mb

aku pun tak berapa nak sedar kenapa muka jadi excited sangat -.-'

bagi chance dekat jep supaya dia nampak 'penuh' dalam gambar

p/s : sekarang kami dah 20 tahun tapi kami masih lagi berjumpa tanya tanya khabar. hopefully, keadaan tetap sama macam ni walaupun kita dah kawen. hahaha. and credit card to jep for the photos. :P

Tuisyen

assalamualaikum. kawan aku fasihah, ada suruh aku baca blog abang mana entah pada asalnya aku memang taktau dia blogger yang banyak follower. haha. klik sini kalau nak baca. memandangkan aku memang tak berapa nak ada kerja, so sampai ke tengah malam aku baca blog dia.

aku ni pulak budak perempuan (budak la sangat) yang memang suka sangat gelak walaupun benda tu mungkin tak lawak mana bagi orang lain. aku gelarkan dia abang la eh walaupun dia mungkin geli digelar sedemikian rupa. tanda hormat. :) tapi entri ni bukan khas untuk dia cuma dia banyak ingatkan aku nostalgia masa kanak kanak aku. aku ingatkan aku sorang ja yang suka mengimbau saat2 sweet sour ni. tapi dapat rasa, zaman kanak kanak dia lagi best kot. lelaki pulak tu. perangai kan lagi nakal dari perempuan. haha.

aku pun suka jugak bergenang ayaq mata waktu kecik2 dulu. salah satu sebab aku teghiak, tuisyen la. tak ingat pulak bila masa yang aku teghiak? kakak aku yang cakap. betul la kot. biasa la dulu2, family tak terlalu berwang. sebabnya waktu aku kecik, kakak2 dengan abang aku semua sekolah lagi. kat universiti pun ada. so duit kebanyakan ke arah tu. abah aku kena bahagi2 kan la untuk 5 orang kami semua.

aku ni pun satu, nak tuisyen bukan betul nak belajar sangat pun. nak seronok lagi banyak peratusannya. ikut kawan. pantang diajak, laju tak fikir orang lain. tak dapat A jugak subjek tersebut (rahsia!) haha. dah cukup bulan mesti kena bayar yuran ye dak? sebulan RM20. perangai pulak memang tak reti2 nak menabung walaupun tabung bangunan tabung haji ada bawah katil. hehe. iyolah sangat! kakak aku cerita, aku menangis2 nak duit bayar yuran tuisyen kat mak aku. biasalah, bila tengok orang lain dah bayar yuran, takkan hati batu sangat tak rasa apa2 kan. menyesal pun dah tak guna sebab perkara tersebut dah berlalu 7 8 tahun lepas.

aku rasa aku tau punca tak dapat A haritu. sebab banyak main. banyak tengok orang dari tengok whiteboard teacher tengah mengajar kat depan.

aku : weh, ada bau benda pelik dak? (teacher duk mengajar kat depan)

kawan aku : bau apa? xdak bau pun.

aku : ada la.. bau kemenyan. (pandang kiri kanan tak duduk diam)

teacher aku dah cekak pinggang pandang kat aku dengan kawan aku.

teacher : Hidayah, kamu buat apa? saya tengah mengajar, kamu sembang apa dengan dia?

aku : (perghh takut taktau nak habaq! aku diam tak boleh nak keluar sebutir perkataan pun dari mulut. haha)

teacher : Bangun! saya tanya kenapa diam? ******! (nama kawan aku, dibintangkan bukan sebab rahsia tapi sebab aku lupa siapa kawan aku tu =.=) apa Hidayah bisik kat kamu tadi?

kawan aku : errr. Dayah cakap kat saya. Dekat rumah teacher ni, dia ada bau kemenyan.

lepas tu aku dah tak ingat apa jadi kat aku. wakaka. kawan aku ni, tak pandai simpan langsung. ala paling sakit pun, kena berdiri sekali dengan aku ja. kenapa la dia bagitau kat teacher. malu gila aku kat budak2 lain.

so sampai sekarang, aku tak berani nak tegur kalau ada bau2 pelik. sampai sekarang. bukan sebab unsur2 expose mistik ka hapa. tapi aku serik, sebab kemenyan aku termalu diherdik teacher. haha!

tu la main main lagi. mak bayar tiap2 bulan, macam ni buat kat mak. isk! kalau la mak tau. huhu.
tapi bila nak pmr, sekali lagi aku tuisyen. kali ni dah ok la sikit2, mak abah dah tak berat2 lagi nak bayar yuran. terimakasih. muah2. dan tuisyen tu bagi aku dapat A untuk *****. kali ni berhasil! (cuba cakap gaya pelakon sinetron :P)

main main tu tetap ada. pergi tuisyen tak pernah rasa rugi. satu, sebab takut miss syllabus. dua, sebab nanti lepas tuisyen boleh ronggeng2 tempat lain. tiga, sebab ada budak lelaki sekelas tuisyen yang aku minat. dayah2. perangai habeh bejenih sangat dah ka? biasa la, zaman hormon berubah. tapi apa aku dapat, tak dapat apa pun. dapat A ja. hehe. dapat tau nama budak laki tu pun dah cukup heaven dah untuk aku. kalau dia belum sampai memang tak tenang la sir ajar kat depan. kantoi la kalau kawan2 setuisyen aku baca.

macam tu la sweet sour ber tuisyen. sekarang nak tuisyen apa lagi dah kan? boleh pergi tutorial jela zaman2 universiti.

p/s 1: abang blogger tu ada suruh teguq kalau loghat utara dia silap. segan aih. aku silent reader sahaja. kucing termalu nak komen. ok la takdak la teruk sangat. kira baguih la sebab mencuba. haha.

p/s 2 :

sumber : google
mak abah, nak seketul~ *sambil buat muka paling comel abad ini. kembung kembung pipi, muncung muncung mulut, kenyit mata sebelah dan letak peace betul2 sebelah pipi*

kbai!

Wednesday, October 19, 2011

she cried the eyes out







biodata saya

assalamualaikum. aish kenapa entah. sejak akhir2 ni, asyik teringat pasal zaman kanak2, zaman sekolah. yang terbaru muncul kat kepala hotak ialah....

my biodata (common)

NAME : noor hidayah
AGE : ** years old
CLASS : * merah
ADDRESS : no bb* kampung bla2, entah tak ingat. tunggu aku tanya mak aku dulu tau.
nanti aku tulis lain
HOBBY : bermain badminton
AMBITION : doctor
FAVOURITE FOOD AND DRINK : masakan mak dan yang halal
SPEECH (?) : semoga kita akan jadi sahabat sampai bila2. janji tau! good luck.
PHONE NUMBER : 012******* (tapi ni nombor ayah aku tau, aku mana ada handphone)

pernah tak, masa dekat sekolah dulu, kawan2 bagi buku comel2 dan dia pun buat muka comel sambil hulur buku tu kat kalian. then she/he said, 'nahh. tolong buat biodata, cantik2 tau.'
dan sampai la satu tahap tu, biodata aku paling tak lawa. aku tulis dengan pen satu warna ja. hahah! almaklumla, penat dah buat banyak sangat biodata. habiskan dakwat pen aku boleh la. huhu. ish kejam betul aku dulu2.

haha. sekolah rendah la selalunya yang rajin sangat buat biodata ni. aku ni tak mampu la nak pakai buku comel segala. tau apa aku buat? aku sebat buku latihan yang kosong, dannn.. 'nahh isi biodata dalam buku tu. make sure satu kelas tulis tau.' haha aku tipu. entah aku pun tak ingat aku ada terlibat atau tak dalam menyebar buku2 comel macam kawan2 aku suka buat.

yang tak tahan tu, dah kalau tak handal berbahasa inggeris, tak payah la gigih sangat. SPEECH?? haha. hang tau dak maksud speech tu apa ceq? ucapan panjang lebar tau! dah tu hang tulis, 'good luck'. speech la sangat. ==' sungguh tak comel waktu aku kecik2 dulu.

tapi sekarang dah besar ni, tak terlibat dah dengan kegiatan2 tersebut. sekarang tak main la biodata2. kenal through fb, twitter ja sekarang. kannn. budak umur setahun pun dah ada fb kannn. nak pelik hape!

bila terkenang balik zaman sekolah, terasa nak patah balik. tapi bila memikiokan apa yang berlaku, ahh cukuplah. teruskan hidup. tak payah nak ulang2. live your life. make it as happy as you can. :) chioww.

*nak tengok tengok*

buku cantik2 macam ni selalunya untuk orang yang mampu ja. kononnya ada la semangat sikit nak tulis biodata cantik2 ye dak? :P

cuba hulur buku ni. suruh buat biodata. haha. tau sendiri laaa hasilnya.


part sign yang tercanggih tu yang tak boleh blah. serius sama macam biodata aku masa dulu2
pfftttt.