Monday, October 24, 2011

aku dah besar. aku tengok, tapi aku tak boleh ambik bulat bulat

sebelum ni kan, kita budak budak. A yang mak cakap, A la yang kita iakan. B yang mak buat, B la yang kita ikut. sekarang, mak masak kari kepala ikan, kita? masak air pun belum tentu nak. ye dok? macam aku jugak la. dah besar2 alam macam ni, apa yang aku nampak, aku dah tau yang mana baik, yang mana tak berapa nak baik, yang mana jahat setan. isu hari ni, isu pasal keluarga. aku pun sedar diri aih. aku baru 20.

macam abang aku dulu, kalau aku menyampuk sikit. abang aku akan cakap, 'diam ah, dayah sekolah lagi'. tapi dalam nada bergurau la kan. cuba sekarang, takkan nak cakap 'diam ah, dayah universiti lagi'. haha. oi. universiti pun belajar pasal keluarga, pasal etika. lain la kalau sekolah rendah dulu2. tak banyak sangat terdedah perihal keluarga especially rumahtangga.

aku bersyukur buat masa sekarang ni, dilahirkan sebagai anak bongsu sebab aku boleh tengok kakak2 abang aku yang dah kahwin. sekurang2nya boleh ambik contoh yang mana baik bila dah ready nak kahwin nanti. asal kahwin ja, mesti nak cakap aku gatai. jangan sempit sangat plis. ni bukan soal gatai or whatsoever. ni soal masa depan. :)

dalam family kita sedia maklumat kan. ada isteri, suami, parents mertua, parents sendiri, adik beradik ipar, adik beradik sendiri bla3~ nak dijadikan cerita, depa semua ni manusia ada hati, limpa dan sebagainya. nak jaga hati orang ni bukan senang. jangan pandai jaga hati sendiri ja, hati orang kita letak tepi, pijak2. no no no. kalau nak buat kat orang macam tu, kita kena bayang dulu orang buat kat kita sedemikian rupa.

takmau cerita panjang lebar, walaupun aku tau dah lebar. suka diingatkan, aku tulis berdasarkan yang aku nampak tak kira dalam tv ataupun realiti. tak terlalu dikaitkan dengan agama sebab takut tersilap kata kang berdosa. :) mari kita saksikan perangai segolongan manusia yang bergelar :

SUAMI
baik : berusaha kerja keras nak besarkan anak2, kadang tu kerja overtime balik rumah nak layan kerenah anak2 pulak.

takbaik : king control. yang ni macam lawak. kalau niat nak berkongsi duit, kira ok lagi. ni nak kaut semua. berapa yang diperoleh si isteri, semuanya kaut. wah macam backhoe pulak. aku back hand kang! kononnya, untuk anak2 jugak. yekeww? satu lagi. aku tau, aku pun belajar agama kat sekolah, kat universiti. izin suami tu sangat penting. tapi, lelaki tak boleh ambik kesempatan sangat dalam hal ni. berilah izin untuk isteri kalau betul2 dia dalam keadaan yang memerlukan.

kan elok kalau duit suami, suami pegang. duit isteri, isteri pegang. tapi jangan lupa tanggungjawab suami pulak. takkan taktau? sumber yang aku baca, kat situ ada tulis, apa yang isteri perolehi dari hasil kerja yakni gaji dia, itu adalah hak dia sepenuhnya. melainkan kalau dia dengan rela nak bayar kereta, rumah dan barang2 isi rumah. kalau boleh ingatkan si isteri untuk bagi sikit gaji dia tu pada mak ayah dia. hati orang tua ni jadi sayu bila anak2 ingat kat dia. bukan dia kelapaq sangat duit kita. at least, INGAT. kalau nak isteri kita layan parents kita macam parents dia sendiri, apa salahnya kita layan parents dia macam parents kita jugak? :)

ISTERI
baik : yang jaga makan minum suami, jaga anak2, segala tanggungjawab yang sepatutnya lah! panjang la kalau aku nak tulis semua. :)

takbaik : yang ni boleh panjang sebab, ramai orang tak sedar apa salah yang dia buat. queen control. mentang2 suami baik, kayaraya kuturayau, dengar kata, mula la perangai tu. 'abang, semua kad bank, kad kredit dan segala kad yang berurusan wang, ayang pegang. ayang simpan dalam peti. peti tu ayang saja yang tau password dengan username tau! abang pegang ic dengan lesen ONLY'. suami ni pun kerana sayangkan isteri, terkebil kebil tak berkata apa2. makbapak kat rumah, ' mane la anak lelaki kite yang sorang tu ye paknye. telefon tidak, menghulur tidak. tak ingat kat kite ke paknye'. ' entah la maknye.'

tak kesian ka wanita2 diluar sana? tolong bayangkan sejenak. kalau anak anda pulak yang buat macam ni bila dia dah kahwin? kalau suami lupa nak hulur pada parents dia, apa guna kita sebagai isteri kalau tak boleh nak ingatkan dia. suami tak payah mintak izin isteri. dah kalau macam tu, si suami tak payah nak sengih2 la pegi hulur dekat perempuan2 lain pulak asal dah tak kena mintak izin. kepala! jangan la mengongkong sangat suami. ini nak pegi tolong ayah dia yang ada hal sikit pun, nak masam muka sampai dari dua ribu lapan belas kali lima km pun dah boleh nampak. apa la perasaan si mak kalau nampak menantu perempuan dia buat macam tu. kannn. :)



MAK MERTUA PAK MERTUA
baik : terima seadanya menantu yang diterima. tidak mengongkong. layan menantu seperti anak sendiri.

takbaik : jangan marah ye mak mertua. sebab mak2 ni la yang selalunya over. pak2 mertua kebanyakkannya steady ja. paham2 la ye kerenah mak mertua anda. malas nak cerita.

mak2 ni yang dia tau hati dia ja. hati orang lain dia tak ambik port. kamon la. kalau nak menantu sayang kita, kita pun kena la sayang menantu. yang tua dihormati, yang muda disayangi. ok? jangan suka mencanang keburukan menantu anda. kalau nak canang, canang dengan 'paknye'. habis2 pun 'paknye' akan jawab, 'hmm yela maknye.' haha! sebab dia sendiri dah tau perangai isteri dia. kalau anak tak ingat dekat kita, yang paling menjaga hati pun, tegur lah baik2. jangan pegi maki hamun menantu kita pulak. sangat tak kena gaya ok? takpun, doa pada Allah, moga2 anak kita pun selalu mendoakan kita, ingat dekat kita. :)


ADIK BERADIK IPAR (LELAKI DAN PEREMPUAN)
baik : layan adik/kakak/abang ipar macam layan adik beradik sendiri. tapi jangan lupa batas. kalau perempuan, baik lah dengan kakak/adik ipar yang perempuan dan sebaliknya la untuk lelaki.

takbaik : menghasut. hahaha.

aku pun kadang2 ada tersasul. manusia tak lari dari kesilapan tapi boleh kawal diri dari buat silap dengan izin Allah. jangan berkelakuan macam kome semua tu anak raja bila bertandang ke rumah ipar. paham? kalau tak paham, bagi paham jugak!

yang lain2 tu mungkin melibatkan anak2, sepupu2 dan sebagainya. sayang menyayang la secara umumnya ok? fikir la dalam seminit dua sebelum bertindak.

PENTING MENJAGA HATI TU. SEBAB KALAU HATI BERSIH, LAGI MUDAH NAK SAYANG/MENYENANGI ORANG LAIN DAN DISAYANGI/DISENANGI OLEH ORANG LAIN.

kann. buat eksperimen tengok. kau buat tahik dengan orang lain. ada ka mereka2 nak sayang kau? sebab hati mereka, kau tak jaga. sama la macam kes kekeluargaan. habis hati batu sangat pun, seseorang tu dikurniakan perasaan jugak untuk terasa. haha. ayat buku. tapi kalau dia tak ada perasaan, dia bukan makhluk hidup mungkin? :P

suami jangan hanya sayang isteri, harus sayang seisi keluarga si isteri. isteri jangan hanya sayang suami, harus sayang seisi keluarga si suami. makbapak jangan sayang anak2 saja, harus sayang pada menantu. backing powder (bela) yang mana patut. kalau betul anak kamu salah, ya anak kamu salah. jangan salahkan menantu kamu yang kadang2 tak tahu menahu. menantu pulak kalau mertua dah baik, jangan ambik kesempatan pulak. bukan tak tau perangai tuuu. hehe. adik beradik ipar, anak2, kome tau peranan kome kann. kalau taktau, pegi hentak kepala kat dinding dua tiga kali.

pergghh terasa macam motivator tak bertauliah pulak. oh tidak2 saya bukan nak tunjuk pandai. hanya nak berkongsi apa yang saya rasa, yang patut diamalkan so that kita boleh bahagia dunia akhirat.

hee. keluarga bahagia.

mungkin, orang yang lebih berusia akan tanya, 'kau ape tau? menikah pun belum.' sambil menjeling menjuih mulut ke arah aku. juih la mulut tu. jeling la sampai juling. tadi kan saya dah cakap, saya tulis atas dasar saya faham, saya tengok. SALAH SILAP SAYA, TEGUR LAH BAIK2. maki hamun carut marut tidak diperlukan.

source : google

haha, yang aku bajet makcikpakcikabangkakakdanadik2nakbacanidahkenapa?


2 comments:

fasihah said...

nak kawin jugak :)hehehe.. btw dayah kalau kahwin jangan lupa jemput den.. :P

hidayah sahar said...

bukan senang nak kawin oit. haha~ tgk la kerenah2 di atas.