Friday, September 30, 2011

cari gaduh

" biaq laa kat depa. kalau di layan, nanti kita pun turut gila macam depa"-anonymous

haha. sebenarnya bukan lah dari anonymous tapi harus dirahsiakan namanya. lebih kurang sama la maksudnya dengan 'lebih baik kita diam kalau ada orang cari gaduh dengan kita'. siapa makan cili dia la yang terasa pedasnya.

kadang2 bukan budak2 ja yang suka gaduh. orang tua pun tak reti duduk diam. busuk perut bak kata orang. ingatkan lagi banyak makan garam, lagi pandai la nak bertoleransi. alih2, darah tinggi terus. bukan setakat tinggi, darah panas and segala jenis darah semua ada!

tak baik gaduh2, kalau budak sekolah rendah nak gaduh tu kira ok lagi la. peliknya, yang dah tua bangka sekolah menengah ni pun, tak berhenti2 nak gaduh. sebab gaduh adalahhhhhh

'REBUT LELAKI/PEREMPUAN'

=.= <----- nah ambik muka ni banyak2.

tapi tak tau lah kan, mungkin ada motif tertentu seronok sangat mereka bergaduh, tunjuk kuat dan sebagainya. kita mana tau hati orang kannn. (kononnya. mata ke atas, tangan ke dada.)

sudah2 la. mungkin kita fikir, kalau kita diam, orang pijak kepala. susah apa? kita sental kepala dia balik. hehe. no no. bukannn. orang yang suka cari gaduh ni, boleh diibaratkan macam orang yang ada otak, tapi jarang nak berfikir cara baik. tau nak serangggg ja. diam tak bererti lemah. diam tak bermaksud kita takut. diam, boleh jadi kita taknak terikut2 perangai jahat si pencari gaduh tu. alaa. tak semua orang akan fikir korang penakut la kalau korang diam. kadang2 orang respect. macam aku respect 'anonymous' tuu. :D tettt. tapi tapi tapi, bukan berebut lelaki/perempuan ja yaa. tu contoh yang famous la. banyak lagi. dalam drama banyak kan. berebut harta, pangkat, dengki sana sini.

tapi aku yakin. sebab depan mata pun terjadi. ada betulnya jugak drama2 kat telebesen tu. jangan suka sangat busuk perut/busuk hati kat orang. nanti orang meluat. mana ada orang kat dunia ni nak forever alone. so berbaik-baik la dengan orang sekeliling. tak dapat untung pun. kalau berebut harta mungkin ada untungnya, tapi, tahan lama ka? ^^

p/s : kalau aku ada buat salah, terdengki, ada tercari gaduh dengan korang, maafkan la salah silap aku. kadang2 kita tak sedar bila buat silap. pada kita betul, pada orang lain tak. i'm sorry!(macam amir rajalawak) wahahh. adios!

'ha.. datang2! aku cakor kang'

'apa tengok2 hah?! aku lagi cantik tau, walaupun muka kita nak sama'

'you ni kan. you ingat I tak tau apa you buat belakang I?' hahah!

'aku dengki betul la dengan hang ni. cepuk kang. cepuk kang!'

Thursday, September 29, 2011

sorry

aku mintak maaf.
aku cepat membenci sekarang.

aku memang betul2 mintak maaf.
aku tak berniat langsung.

p/s : aku emotional bila orang tanya pasal masa depan aku. jangan banyak tanya please. please.

Wednesday, September 28, 2011

teghiak

AKU TAK FAHAM
KENAPA PERLU MENANGIS SEBAB DITINGGALKAN KEKASIH
KENAPA SANGGUP TAK MAKAN TAK MINUM GARA2 DITINGGALKAN KEKASIH

KALAU DIA PERGI PADA ORANG LAIN
KITA KENA BERSYUKUR
BERMAKNA DIA TAK BAIK UNTUK KITA
SANGGUP PERGI CARI ORANG LAIN.

COME ON LA.
BANYAK ORANG MENANGIS SEBAB BETUL2 PERLU.
BETUL2 TERTEKAN.
TERTEKAN DENGAN HIDUP DIA.
TERTEKAN FIKIRKAN MASA DEPAN DIA.


Tuesday, September 27, 2011

kami pun nak jugak!



sebelum ni aku buat entri pasal besties dekat uni. sekarang, besties dekat kampung pulak. almaklumla, aku tak ada teman lelaki untuk buat entri cerita pasal dia. (siapa yang nak aku buat entri pasal dia, cepat jadi bf aku) ppffftttt. ni syaiton yang bisik kat aku ni. betul2. syaitonnnn.

dekat sekolah dulu, before aku masuk sekolah asrama kat kedah, aku ada kawan senyum-tawa-riang-gembira-berduka-cita. 6 orang jugak termasuk aku. dari form 1 sampai form 3 kelas sekali. jodoh kan. tapi liyana, aku kenal dari tadika. maknanya, satu kelas dari tadika sampai tingkatan 3. 10 tahun jugak tu kann. membesar sama2 dengan aku. :) aku tak sure kita pernah gaduh ke tak pernah. rasanya kalau gaduh pun tak lama. kita sama2 tak kuat touching, tak kuat merajuk, tak kuat melatah bila ada orang cucuk2 nak tikam belakang.

*yana dengan maisarah*
kami merempit kalau pegi jalan2, sebab tu la pegang helmet. :D

aku tak ingat sangat apa yang kami selalu buat kat sekolah. tapi kalau nak makan, memang akan pergi kantin sama2 la. jarang pegi sorang2. sayangnya, rumah sukan tak sama. aku pulak sorang2 tak ada geng dalam rumah sukan. sebab tu dulu, aku tak bersemangat sangat sukan2 ni. masuk acara pun boleh kira. hahah! (kononnya, kalau ada geng, nak sangat la join acara. tipu je kau dayah! memang tak ada bakat nak jadi atlit. lari 100m pun malas). tapi aku rasa, kami 6 orang ni memang ada ciri yang sama. yakni, tak berapa gemar join acara sukan. waktu pjk pun suka mengelat. banyak ja alasan tak nak bawak baju sukan. pemalas weh! renyah tau? haha.

nah nak memperkenalkan teman segelak sekuat sekali dengan aku. =.= penyambut tetamu kelas 3 akid. sebab? duduk depan pintu. huda, memang stail lah duduk sebelah hang. aku tak pernah mengantuk. ada saja lawak yang hang nak buat. mungkin hang tak ingat yang ni. tapi aku ingat weh. sampai sekarang. teacher nora ajar english, tanya kami semua macam mana nak buat ayat guna perkataan 'pass'. dengan bersungguh-sungguh teacher bagi ayat. kebetulan ada cikgu lalu depan kelas kami. lebih kurang macam ni la kejadiannya.

teacher nora : okay. puan ****** passed .......
aku dengan huda : (jawab dengan perlahan sebab tau memang salah) passed away.

serius, aku gelak tahap tak ingat walaupun dalam hati. sakit perut aku tahan gelak. sampai hati kita cakap 'away'. aku tak tau la teacher nora dengar ke tak kita merapu tuu.

siapa lagi 3 orang? hee. hidayah rahim, maisarah and and and ain amira. dayah rahim ni pendiam sikit. tak banyak bercakap. kami yang lain2 memang bising. dayah ni cool ja orang dia. yang penting, dia minat kucing. macam aku! :) walaupun dayah pendiam, bila ada kami, kadang2 tu bising jugak dia. terikut2. ish2. aku dengan liyana kadang2 maisarah pun join, kalau balik cuti, tak pergi rumah dia, memang tak sah. sebab dayah jarang keluar rumah. so nak jumpa dia, kena la pergi ke rumah. dekat ja. sekampung sepekan.

maisarah pun cool orang dia. pantang di ajak ke mana. janji dia ada motor, lesen, kira green light la tuu. kat kaki dia mungkin ada lalat tinggal tahi kot. haha. sebab senang dipelawa berjalan-jalan. i like. sebab aku pun kuat jalan-jalan. peace!

jalan-jalan cari makan dekat parit buntar. pehhh mahal makanan kat cafe ni.
memang rasa nak pergi lagi lah!
ain yang dekat tengah.

main-main dekat playground, sungai kerian. kalahkan budak2.
dayah rahim yang baju putih.

reunion kecil-kecilan. kalau jalan2 tak makan memang tak sah.
huda yang hujung kanan baju purple tu.

ain ni yang aku gemar sekali kat beliau, bila beliau gelak. gelak tak kuat tapi macam mana entah. aku pun tak tau nak terang. and and and. kalau tiap kali aku pergi rumah dia, mesti aku suruh dia masak asam pedas ikan sembilang. fuhh. boleh bukak restoran tau! sedap betul. tapi tak la buat muka tak malu pergi cakap kuat2. bisik2 ja sambil buat muka comel bagi ain kesian. nanti lah bila2 pulak. aku nak rasa lagi asam pedas tuu. siap la kau ikan sembilang-ikan sembilang yang ada kat sungai.

dah la cukup kot nohh kawan2 aku yang berlima ni. tak terkira weh aku sayang kat hampa! sayang kawan2 tak payah di bahagi2. semua sama ja. hati kena besar kalau nak bersahabat. baru la boleh sayang semuaaaa. k bye!

this entry is dedicated to all of you mentioned above. lots of love,

Monday, September 26, 2011

besties in intec

aku ingat lagi pertama kali kami semua jumpa dekat kelas. berkenalan. 'naimah, nadiah, nabilah, hidayah, artikah, fasihah'. perasan sesuatu tak dengan nama kami. ah ah kat hujung kann. kann. kecuali ummi hanani. aku dengan slumbernya cakap. "hujung nama kita semua ah ah laa" (buat muka seronok) =.=

kami kalau pergi mana memang selalu berenam. kadang2 ada nabilah aka bella join sekali. pergi times sama2, mid, sunway, alam sentral, sacc, haha banyaknya tempat kami pergi. kami celebrate birthday sama2. nak tengok birthday kek aku? (nak bagitau ni, kek ni paling sedap yang pernah aku rasa. betul I x tipu derr)

aku tak pandai pose2 maut depan kek ni. ni pun snap tanpa aku sedar. XD

belum apa2 lagi, aku dah tunjuk dulu kek aku. hehe. tak pa la. I nak syok sendiri! terima kasih weh. kek yang korang beli ni sedap. hadiah korang ada lagi aku simpan. aku tak tau nak karang apa sangat. aku upload gambar, tengok la yeh. nak tunjuk yang kami ni semua lawa. eh bukan! nak tunjuk yang kami semua besties. I sayang u olls. (menyampah gila) haha.

'rindu korang, sayang korang'

yang ni kami berenam. :)

kalau la madam ida nampak kita duk buat shooting pulak kat sini kann. mengamuk beliau.

berjalan2 kat times square sambil main tak ingat nak balik kolej.

dekat terengganu. field trip.

anda kenal ini? selamat datang, dan selamat muntah kalau main dekat sini ya!
:)

Saturday, September 24, 2011

zaman kanak2 saya ada macam zaman kanak2 anda? :)

'dikmie, nanti nak main, panggey kami tau! maktam suruh p makan nasik sat' -aku
'jom berkelah kat gelung, nak dak?' - tak ingat siapa
'unaaaa. firaaaa. balik!' - umi una dengan fira
'dayah ni tak reti lekat kat rumah aih. balik sekolah ja hilang' - abang
'tudia kaki. hitam!' - abang

haha. antara yang aku ingat la dialog2 yang tak berapa nak sah, masa aku kanak2 dulu. zaman kanak2 dulu dengan zaman kanak2 sekarang jauh gila beza. yang pastinya, zaman aku dulu memang seronok! biasa la duduk kampung. panjat pokok pelam (mangga), main masak2, buat kuih guna tanah lepas tu bakar kononnya pakai oven (?), tangkap ikan dalam parit, main zeropoint (lompat2 pakai tali getah- entah aku pun tak tau nama spesifik game tu), errr kalau nak bagitau kat sini memang banyak lagi.

kawan2 sebaya aku dulu tak ramai. aku, una, dengan dikmie. yang lain tu kakak2 abang2 kami jugak. main kalau tak sampai senja memang tak sah. sebab tu umi una dengan fira terpekik terlolong suruh balik tu. haha. umi tu garang. kami pun takut dengan dia. tapi sekarang dah tak garang lagi. biasa2 ja.

aku memang tak reti lekat kat rumah macam yang abang aku kata tu. balik sekolah, tukar baju, terus hilang. pergi rumah makngah aku, main dengan dikmie yakni anak kepada beliau. main lego. buat la bentuk apa kau nak! haha. kalau dah bosan, main kereta kecik. muncul la bunyi vroom2 dalam rumah. maaf la makngah ye. bila dah besar ni, baru la pandai rasa malu, buat semak rumah orang. mana taknya, dikmie banyak mainan. hahah! (sekarang, nak tegur dikmie pun segan =.=, kucing termalu malu)

zaman kecik2 dulu, mana la nak fikir kotor apa semua tu. tau nak seronok ja. kaki hitam, terseliuh, luka sana sini, semua dah lali. sekarang kena sikit rasa nak teghiak. tengok! kecik2 dulu lagi tabah dari sekarang. (haha, ayat cannot go).

aku geram betul la dengan budak2 generasi seterusnya ni. kami dulu main dekat gelung panjang tu, tak pulak rosak sana sini macam sekarang. cantik, bersih. kadang2 tu siap sapu lagi sebab nak buat rumah kat gelung tu. (obses betul dengan gelung tu. hahah!) mungkin anda tak boleh nak bayang keseronokan saat2 kat gelung tu sebab zaman kanak2 anda lain. kann.

peristiwa ni paling aku ingat lah! makngah aku dulu ada gerai laksa. tiap2 hari balik sekolah, makngah ajak makan laksa dulu. biasa la kalau laksa sedap, ramai la orang datang. kakak2 cantik. abang2 kacak. :P dan kami dengan tindakan yang terlalu bijak, main rounders berdekatan gerai tersebut. =.=' budak2 bukan fikir banyak. main pulak, tau nak gaduh ja. taknak beralah. pukul bola rounders kuat2. konon lawan tak boleh sambut. hahaha. bola mana ada mata. termasuk la dalam laksa sorang kakak cantik ni. (kakak tu sombong, memang nak kena la kan. ok kami memang jahat gila) habis laksa dia terpercik. muka pucat padahal dalam hati seronok, gelak jahat. maaf ye kak. lain kali jangan sombong dengan orang. c(:


bila fikir balik, nasib baik bukan kasut yang masuk dalam pinggan laksa dia. ^^


aku tengok berdasarkan pemerhatian la kann. budak2 sekarang dah maju. walaupun budak kampung. yang pandai bercinta pun dah ada. =.=' maju kann. almaklumla melangkah ke tahun 2020. main game kat facebook pun dah seronok. yang lagi berteknologi pun ada. main ps2, 3, 4, 5, .... tak layan la tuju kasut, panjat pokok semua tu. nak buat macam mana, zaman berubah. handphone pun makin murah. sebab tu korang dah boleh ada handphone sendiri. tak macam kak dayah korang ni. tingkatan 5 baru ada handphone. haha lambat kann. it's okay, aiman tak kisah. tak ada handphone pun, i ada boyfriend. (tediaaa2, dayah menipu.)

aku cerita sikit2 jela pasal aku muda2 dulu. banyak2 tak mampu. panjang la kalau nak cerita semua. bajet orang nak baca pulak. kan. kan. yang pastinya, sekarang dah tak rapat dengan mereka2 di atas tu. sebab masing2 buat hal sendiri. ada yang dah kawin dah pun. :) semoga bahagia ke akhir hayat!

p/s : aku tak terfikir pulak nak mintak mesin masa dari doraemon. sebab aku tau, tak mungkin dapat. haha. kenangan jela yang ada. aku simpan baik2 dalam blog, mana tau aku nak baca nanti2. :)

Friday, September 23, 2011

siapa yang nak pegang password aku?

nak jadikan cerita, aku pegi la merajinkan diri baca blog benashaari. entah betul ke idok aku eja nama dia. bila tengah dok godek2 blog beliau, aku terjumpak blog sorang budak perempuan ni. saja la tengok2 entri dia. maaf la tak ingat link blog tu. penyegan aih nak cari pulak! :P terjumpakla satu entri ni cerita pasal laman sosial dengan password. aku rumuskan kat sini la eh. dia kata kalau lah ditakdirkan dia hidup tak lama, apa jadi dengan facebook, blog and yang lain2 tu? emm, betul jugak kan. so dia pun duk merancang nak bagi password dia dekat siapa. aku nak bagi kat siapa eh? anyone interested? siapa yang agak2 berkenan nak password aku, tolong simpankan? haha.

memang masuk akal la jugak apa yang dia cakapkan. kita duk letak gambar banyak2 dalam facebook. mana tahu terkutuk, termaki sesiapa kann. at least, kalau ada yang simpan password kita, dia boleh tolong deactivate kan untuk kita. ini cuma untuk masa depan. kita tak tahu kan. jodoh maut di tangan tuhan. umur kita pun makin meningkat. :)


tapi kalau nak bagi password pun, biar la orang yang rapat dengan kita. jangan bagi dekat orang yang ada kemungkinan nak jadi hacker. naya nanti. haha. kang kena tikam belakang, tak pasal2. yang berhasrat nak jadi hacker tu pun, bawak2 la bertaubat. hack kalau setakat nak buat status gurau2 dekat facebook tu kira ok lagi. ni edit sana, edit sini. (nak makan penampor agaknya). ye? jangan buat ye. tamo2, akoo ta sukew okeyh. tak baik mencelakakan/menganiaya orang. Allah tau apa yang kita buat.

ok itu saja syarahan pada malam ini. XD




Wednesday, September 21, 2011

sementara aku masih ingat

saja nak list nama2 kawan sekelas sementara aku masih ingat. kann. boleh jugak nak belek2 bila dah tua nanti. (bajet aku boleh ingat password bila dah tua.) jom tengok. yang mana aku tak boleh nak ingat tu, aku mintak maaf ye. ingatan aku tak la hebat sangat. walau apa pun yang terjadi, aku sayang kalian tak terperi. ^^

sesetengah kelas jela yang aku senaraikan ye. larat la nak tulis dari darjah 1 kann.

tadika kemas ^^

liyana, syazwan razak, nazrin, fahmie, hisyam, fadzli, saiful, wan (tekdu), wana, zarifatul, juliana, sanita, ain. ok tak ingat dah. T_T


sekolah kebangsaan matang gerdu, 6 merah.

liyana, hazwani, saadah, syakila, hafizah, azizul, hanis, nurul mimi, siti mimi, ain amalina, atiqah, syazwan razak, syazwan samali, ehsan, fadzli, shahir, ammar, amirul, azahari, amirul iefwat, hakimi, faqrullah, rizal, shahrul, syahida, afifah, err. err. aku dah lupa. -.-' gambar masa sekolah rendah memang tak ambik langsung. ish. ish.

sekolah menengah kebangsaan alang iskandar, 3 akid.

liyana, maisarah, huda, ain, hidayah rahim, atika, juliana, husna, nurul husna, nadiya sidek, nadia, eda, wahida, munirah, nabilahuda, noni, tan lee sen, lai chi ying, teoh joo teng, syakirah, azmidah, syifa, nazirul, jefry, mustaqin, jihadi, amir, idris, zamanil, koid shi hong, hizam, jesunita kot dan seorang lagi budak cina aku tak tau nama. hahah!


sekolah menengah sains pokok sena, 5 smart.

aiman, farhana, munirah, ruwaida, abidah, wani ghani, fiza, nabila, bithah, syarifah, intan, efah, ain, ashiatun, fatin athirah, farid afiq, farid zamani, aiman (L), fitri imron, arwah sarhan, afiq, ilyas, syeqal, faiz, err err, afzal, akmal nizam, redhuan and dzul. yeahh. aku ingat. XD


pasum hayat 1, p2

err susah sikit yang ni. aku belajar kat UM tak lama. emm. atiqah syahira, mahirah, amirah, syuko, wandan, amalina najib, amirah muhammad, hafiza kamar khazmi, naim, tyqa azira, hahaha. memang banyak tak ingat. ( tak lupa hasnaa', nabila, aiman, nabila, megat, amirul syafiq, hanif helmi, farid zamani and anas sainarian yang masuk pasum)


Intec, 10M11

fasihah, ummi, artik, nadiah, naimah, syira, syeqa, farah, bella, vivian, j-xi, stephanie, susan, jessie, yan ling, wei sin, sin chi, simren, visar, jan men, dina, chong horng, prak cuap and ah hwa.


kalau nak senaraikan kawan2 aku kelas lain, memang panjang la entri ni. (gila kau jah!) aku sayang kawan aku walaupun korang tak ada dalam senarai ni. jangan risau, tak ada dalam blog tapi tetap ada dalam hati. (aloo sweetnyew -.-')

sahabat selamanya okeh! aku nak menyanyi lagu Padi tu. tapi tapi tapi. lebih baik dengar dalam radio. ;P

SEBENARNYA, MOTIF AKU BUAT ENTRI NI, SEBAB AKU TAK NAK TENGOK BOLA MALAYSIA VS JEPUN. KALAU MEREPEK2 MACAM NI, AKU TAK LA RASA SAKIT HATI. WALAUPUN MALAYSIA KALAH, IT'S OKAY MALAYSIA. AKU TETAP SAYANG KAU! MUAH!

~bila dihitung, memang banyak sangat kawan kita kann. terima kasih semua sebab sudi jadi kawan hidayah sahar~

Monday, September 19, 2011

JANGAN JADI BODOH

KATAKUATMACAMHARIMAU. SENTAPSIKITDAHRASANAKMENANGIS. KENAPA?SUDAHLADAYAH. SEMUAORANGADAKEINGINANMASING2. ONCETHEYCHOOSETOBEINTHATWAY, JUSTLETTHEMBE. PRAYFORTHEM. JANGANSEDIHSEBABTAKDAPATAPAYANGKITANAK. BERSYUKURLAHAPAYANGADA. KITAAKANJUMPAJUGAKSESUATUYANGKITAPERLUDENGANIZINALLAHBILASAMPAI
WAKTUDIANANTI. KUATKANHATI. DIATAKHILANGKEMANA. DIAADA. MAKPESAN, KALAUADAORANGBUATKITASAKITHATI( rasa pedih ulu hati =.=), KITAJANGANBALAS. KITADOAKANDIA. COMEONDAYAH. THEREARESOMANYTHINGSTODO. STOP THINKINGOFOTHERS. YOUISYOURPRIORITY. YOUBETTERSOLVETHEPROBLEMSOF YOURSYANGSANGATMEMBUATKANHATITAKSENANGWALAUPUNKATLUARNAMPAK HAPPYSEMACAM. YAALLAH. PERMUDAHKANLAHSEGALAURUSANKU.

IWISHYOUALLTHEBEST. BETHEBESTAMONGTHEBEST. IWILLALWAYSPRAYFORYOU.
INSYAALLAH. HOPETOSEEYOUAGAINAFTERAGESMUNGKIN.

*mungkin tak ada kaitan tapi aku sorang jugak yang paham* :)


Sunday, September 18, 2011

jodoh saya ;P

assalamualaikum :)

tak ada kaitan pun sebenarnya tajuk entri ni. tersebut lah kisah, aku dengan kawan aku tengah chat kat ym. berbincang pasal jom masuk u. aku dengan dia memang suka merapu walaupun tengah bincang pasal benda serius.

sedang ber 'chot chet', bergurau la sekejap nak hilangkan tension.

dia : hahahaha
cheepmunk_0208 : mak ang
cheepmunk_0208 : aku xmau org len
cheepmunk_0208 : aku nk ********* (tak boleh disiarkan) jugak
cheepmunk_0208 : hahahaha
cheepmunk_0208 : cepat gelak gulin2
dia : ang masin mulut satgi
cheepmunk_0208: okk dak
cheepmunk_0208 : aku melawak jaa
dia : ada baca blog pasai mulut dan jodoh
cheepmunk_0208 : ada ka?
dia : serius
dia : aku bg link
dia : satnz
dia : satna
dia : http://amalina-peter.blogspot.com/2011/03/mulut-dan-jodoh.html
dia : cer bc

bla3. tak boleh disiarkan. haha.

cheepmunk_0208 : aku sebut ******** ( tak boleh disiarkan), aku main2 ja kot. jgn la. dia pun dah ada bekenan kt org lain aih

bla3

cheepmunk_0208 : mmg aku **************** (tak boleh disiarkan) =.=
dia : padan muka hang
dia : aku dah kata
cheepmunk_0208 : mengerikan mulut dan jodoh ni
dia : tau xpa
dia : hahaha
cheepmunk_0208 : takut aku aih
cheepmunk_0208 : jadi betoi kot

sebenarnya, aku gurau dengan dia pasal sorang budak ni. kononnya nanti jodoh aku dengan dia. (memang dayah cari nahas!) bergurau ja noohh. tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia. biasa la aku. bergurau2 tak sayang mulut.

sebab tu la kawan aku bagi link blog sorang kakak ni. tajuk entri dia mulut dan jodoh. silakan baca kalau nak tau lebih lanjut pasal gurauan aku ni. gilak kau dayah!

*nahh. untuk selingan*

yeke?

simple tapi lawaaa. but i wonder what happen to the bride's face. XD
so, nak disimpulkan kat sini, kalau nak bergurau pasal jodoh atau nak elak dari dikacau orang (kononnya nak menipu) biarlah yang elok2. jangan gurau tak ketahuan hala kata orang. sebab kita tak tau apa Allah akan bagi untuk kita in the future. berdoalah yang baik2 soal jodoh ni. wah bagi ceramah pulak.

Allah lebih tau apa yang baik untuk kita. bukan soal jodoh saja ya. jangan asyik fikir nak kahwin ja. haha. banyak lagi. soal masa depan. boleh kata semuanya lah. Allah pendengar paling setia yang pastinya. :)

'I had rather be hated than be surrounded by men who like me but do not marry me'
tersuka pulak dengan quote ni. XD

nahh. ada lagi. siapa yang rasa nak cari jodoh, mehh2 cari. klik sini.
c(:


Saturday, September 17, 2011

bayi ke 6 sudah sampai

ni no ni no. :) alhamdulillah. bertambah la bilangan cucu encik sahar dan puan zaiton. bermakna bertambah juga bilangan anak aku. enam oo. enam. (padahal orang lain dah banyak gila anak buah) peduli ape pun adoi. tahniah puan julia dan encik arzimi di atas kelahiran baby boyyyyyy. weewit!

ucapan khas dari acu dia : kenang daku dalam doamu. eh! semoga sihat selalu ok. jauhkan lah dari sebarang kejadian yang tak diingini. aish. tak sabaq nak jengah tengok kamu si budak yang umurnya tak sampai sehari lagi. :P orang cakap. mak ada sorang ja anak lelaki. sekali rezeki, cucu lelaki lagi ramai. seronok benor gamaknya omak den ni. (loghat mana pun aku tak sure)

syukur alhamdulillah. :)

*sekadar hiasan*

*yang ni baru betulll* :)


Friday, September 16, 2011

surat untuk dayah

assalamualaikum w.b.t


dear Hidayah Sahar,

first of all, sorry for dengan-sesuka-hatinya, I make my own entry in your blog. keh keh keh. I'm just gonna tell you on a few tips on how to become a good blogger perhaps. maybe not as good or as great as Hanis Zalikha, but at least a good blogger for yourself. at least, kalau nak re-baca entry yang lepas-lepas, tak lah rasa macam annoying sangat, bukan? haha..

1.) jangan guna short-form. just spells it right. spells in full words. senang orang nak baca. bukan semua readers or stalkers pandai baca short form. dan kadang-kadang orang tak suka baca all those short forms.

2.) baca banyak blog. ramai bloggers dekat dunia ni. tak perlulah baca blog yang tak ketahuan. hehe.. just baca untuk tengok cara dorang menulis, dan buang yang keruh, ambil yang jernih. kalau you used to read a lot of blogs, some of them are good, and some are not.

3.) jangan tulis panjang-panjang sangat. kadang-kadang orang malas nak baca. tskkk.. tskk.. pastu, letak la pictures, sebab orang lebih berminat dengan pictures. :D

thats all.

love,
kak ema.


Wednesday, September 14, 2011

hasil blogwalking

seronok sebenarnya bila blogwalking ni. macam2 jenis orang kita boleh jumpa. macam2 kerenah, macam2 cerita, macam2 aznil (eh) and macam2 lagi lah. semenjak 4 menjak ni, rajin pulak duk baca blog orang. sory abang kakak yg terlibat. i mmg suka baca blog u ols. bukan niat nk stalk or what so ever. tapi nak mengisi masa lapang. sbb saya duduk di rumah sepenuh masa. menunggu panggilan universiti dan masih dalam proses memohon untuk masuk u. saya xmau follow sbb malu, blog saya x ada apa2 melainkan cerita hidup saya sahaja. nanti bila blog saya dah cantik, saya follow. hahah!

meh aku nk bentangkan hasil blogwalking. kadang2 tu bukan baca sgt pun, usha gambar ja. :P

numberr 1 : cantiknya blog mereka kalau nak banding dengan blog aku.
numberr 2 : indahnya percintaan mereka. aku rs mcm tu sbb aku xdak boyafren. ><
numberr 3 : bergembiranya mereka dapat fly mcm rama2 dan stay oversea lama2. aku?
numberr 4 : x sayang mulutnya mereka kerana entri blog asik2 nk mengata orang.
numberr 5 : cantik, hensem dan maturednya mereka tp aku masih macam budak2 x cukup umur.

aku x tipu tapi mmg semua blog yang aku singgah, semuanya lawa2. segak2. cer tgk blog aku. apa ada? ada aku ja. haha! masalahnya di sini ialah, aku x pernah rasa nak explore benda2 alah nk bagi cantik blog segala bagai ni. aku start ber-blogging ni thn lepas kot. masa tu kan tgh sibuk belajar. rasa ralat nk buang masa semata2 nak explore mcm mana nk decorate blog. kannn. tp aku ada suruh senior aku tolong gubah2 blog aku ni jd bunga. -.-' mana tau jd bunga sungguh. kita tgk la hasilnya. tu pun kalau beliau ada masa. ty kakak!

bila aku jln2 ke blog orang. aku mula rasa yang semua orang dalam donya ni dah ada boboy and gegirl masing2. bukak ja blog, ada. asal ada ja, mesti aku bukak blog mereka. yang ni aku bincang bukan dari sudut agama ya. sbb aku sendiri x pakar. :) tipu la kalau aku kata aku x rasa apa2 bila aku tengok ada yang sayang mereka. ada yang ambil tahu hal mereka. sbb aku pun manusia. cinta tu datang kita x paksa (dayah mula la jiwang taikucin tu). tmbh2 usia dh 20 tp perangai mcm 12 ni. tp, tp, tp. kalau ada orang mai tanya kat ceq, mana bopren? nak tau apa jwpn ceq?

AKU BELUM READY NAK NIKAH DERR. AKU MMG X EXPERT AHH BAB2 SAYANG MENYAYANG CINTA DIKENANG NI. DIRI SENDIRI PUN AKU X SAYANG SECUKUPNYA, NAK SAYANG BOPREN PULAK.

haritu ada la kakak aku cakap. 'kengkawan ang suka duk kenen2 ang dgn laki sbb ang blm ada yg punya.' mmg suka la depa duk sakat. pastu dia pesan kt aku. 'jangan memilih, dayah'. errr. saya x memilih kak. tp saya blm bersedia. saya ada ja suka kt orang, tp saya x bgtau dia. saya bgtau Allah. saya takut kalau saya bgtau dia, dia lari satgi. lebih baik saya bgtau Allah. mintak Allah berikan yang terbaik. yang penting, aku mmg belum bersedia. banyak sangat benda yang perlu aku fikir untuk masa depan dunia akhirat selain aku fikir benda yang aku anggap remeh tp bagi orang lain benda tu penting. sbb masa depan saya much2 more importante! titik~

x lupa juga blog student2 yang dapat fly p oversea. tumpang seronok. tp dalam hati, tuhan ja tau mcm mana perasan seorang pelajar yang cita2nya x dapat diteruskan mungkin atas sebab kelalaian sendiri. tp aku tau, rezeki ada di tempat lain. :)

blog kutuk mengutuk keji mengeji ni selalunya blog budak sekolah ja. sory la ye adik2 ku sayang. budak2. memang pantang dicabar. keja nak gaduh ja. gaduh depan mungkin x berani. so berdesus desaslah mereka dekat blog kannnn. nanti bila dah besar, adik2 baca balik blog adik2 yer. sbb bila dah besar nanti, kita akan kurang fikir nak gaduh sbb kita akan selalu fikir masa depan. fikir nak cantik. nak hensem. fikir nak kawen dan sebagainya. wink2!

and and and aku adalah seorang penipu sekiranya aku ckp aku xmau jadi matang macam orang lain. segak, cun melecun lencun. haha. tp aku yang x cukup berduit ni mungkin susah nak pakai lawa2. nak make up sana sini. nak pakai kosmetik cantik. cukup la sekadar yang termampu. :) :)

panjangnya bebelan. kbye.



Tuesday, September 13, 2011

anak buah. bahan untuk saya bergelak tawa. :)



umur aku baru 20 tp anak dah 5.
jeng3~

budak2 ni la bahan aku bergelak ketawa
sbb mmg kerja mereka2 ni buat lawak spontan,
tanpa disedari.
hahah.

dan kaki2 buli budak berlima ini ialah....

acu acik mereka. :P

sayang bebenor kt mereka ni.
walau x tunjuk depan2.
semoga menjadi sepupu yg baik kepada anak2 acu nanti. (gegeh)


nur aimi nayli merangkap anak buah sulung.
kakak sorg ni mmg paling gemar aku buli.
bila dh besar mcm ni, dh boleh buat kawan. :)
yang penting, kakak ni sgt2 la kecoh. XD

aqasha mirza merangkap anak buah kedua.
pantang nmpk mcd or kfc.
kalau dkt shopping mall n x pegang tgn dia elok2, insyaAllah
anda akan jumpa dia maybe tgh jd cashier kt kfc or mcd tuu.
behave acaa, behave! hehe

muhammad afif darwish merangkap anak buah ketiga.
budak ni mmg kuat lalak.
harus sentiasa di bawah ketiak papanya.
tp kalau ada mood dia,
dia mau ja duduk dgn acuu.
kan2. ;P

adam syarez merangkap anak buah keempat.
yang ni pun sama. kuat lalak.
haha. tp baik ja kalau ada mood dia.
kuat berebut dgn abang dia si acaa tu.
mereka mmg suka berebut. -.-'

nur alya delisya merangkap anak buah kelima.
budak ni mmg baik.
susah nk dgr dia nangis kecuali nak susu.
fotogenik spt kakaknya (aimi).
alya si bam2. ^^

aku menanti kehadiran seorang lagi baby.
yg hanya menunggu hari.
semoga semuanya selamat, insyaAllah.

kbye.

bosan tertekan

siapa x tertekan.
duduk kat rumah.
waiting, waiting and keep waiting and asking what is going to happen next.

aku bosan weyh duk rumah.
xtau nak buat apa.
orang lain semua dah masuk u.
geng2 dkt kampung pun semua dah masuk u.
tinggallah aku sorang2.
tunggu apa nak jadi nanti.

tp bila fikir balik
berada di rumah adalah saat2 paling seronok
kalau dilihat jauh dari sudut hati.

:)
kawan aku pernah cakap.
duduk kat rumah, boleh pandang muka mak ayah.
sekali pandang, dapat pahala.

ohh. such a great moment kalau kita pandang muka mak ayah kita tauu?
aku suka pandang muka mak ayah aku time tdoq.
tp bila tgk lama2 sebak.
sebab...

mak ayah tdoq nyenyak tunjukkan mereka sgt letih dgn kerja seharian.
bila tgk kedut2 kat muka, bertambah2 sebak.
menunjukkan yang kita ni dah meningkat umur.
fikir balik jasa apa kita kt mereka.

(uish satgi gheyau dah aku ni.)

nikmatilah saat2 tinggal di rumah.
:)
aku sayang mereka.