Friday, September 30, 2011

cari gaduh

" biaq laa kat depa. kalau di layan, nanti kita pun turut gila macam depa"-anonymous

haha. sebenarnya bukan lah dari anonymous tapi harus dirahsiakan namanya. lebih kurang sama la maksudnya dengan 'lebih baik kita diam kalau ada orang cari gaduh dengan kita'. siapa makan cili dia la yang terasa pedasnya.

kadang2 bukan budak2 ja yang suka gaduh. orang tua pun tak reti duduk diam. busuk perut bak kata orang. ingatkan lagi banyak makan garam, lagi pandai la nak bertoleransi. alih2, darah tinggi terus. bukan setakat tinggi, darah panas and segala jenis darah semua ada!

tak baik gaduh2, kalau budak sekolah rendah nak gaduh tu kira ok lagi la. peliknya, yang dah tua bangka sekolah menengah ni pun, tak berhenti2 nak gaduh. sebab gaduh adalahhhhhh

'REBUT LELAKI/PEREMPUAN'

=.= <----- nah ambik muka ni banyak2.

tapi tak tau lah kan, mungkin ada motif tertentu seronok sangat mereka bergaduh, tunjuk kuat dan sebagainya. kita mana tau hati orang kannn. (kononnya. mata ke atas, tangan ke dada.)

sudah2 la. mungkin kita fikir, kalau kita diam, orang pijak kepala. susah apa? kita sental kepala dia balik. hehe. no no. bukannn. orang yang suka cari gaduh ni, boleh diibaratkan macam orang yang ada otak, tapi jarang nak berfikir cara baik. tau nak serangggg ja. diam tak bererti lemah. diam tak bermaksud kita takut. diam, boleh jadi kita taknak terikut2 perangai jahat si pencari gaduh tu. alaa. tak semua orang akan fikir korang penakut la kalau korang diam. kadang2 orang respect. macam aku respect 'anonymous' tuu. :D tettt. tapi tapi tapi, bukan berebut lelaki/perempuan ja yaa. tu contoh yang famous la. banyak lagi. dalam drama banyak kan. berebut harta, pangkat, dengki sana sini.

tapi aku yakin. sebab depan mata pun terjadi. ada betulnya jugak drama2 kat telebesen tu. jangan suka sangat busuk perut/busuk hati kat orang. nanti orang meluat. mana ada orang kat dunia ni nak forever alone. so berbaik-baik la dengan orang sekeliling. tak dapat untung pun. kalau berebut harta mungkin ada untungnya, tapi, tahan lama ka? ^^

p/s : kalau aku ada buat salah, terdengki, ada tercari gaduh dengan korang, maafkan la salah silap aku. kadang2 kita tak sedar bila buat silap. pada kita betul, pada orang lain tak. i'm sorry!(macam amir rajalawak) wahahh. adios!

'ha.. datang2! aku cakor kang'

'apa tengok2 hah?! aku lagi cantik tau, walaupun muka kita nak sama'

'you ni kan. you ingat I tak tau apa you buat belakang I?' hahah!

'aku dengki betul la dengan hang ni. cepuk kang. cepuk kang!'

2 comments:

Anonymous said...

rjen2 la update ag...intn ska bgt skodeng

hidayah sahar said...

hehe. tengok kerajinan la.